Monday, December 30, 2013

(15 GAMBAR)Felixia Yeap Yang Cantik Menawan Bertudung

Kawan-kawan Abang Admin ramai yang menyatakan kecairan hati mereka apabila melihat Felixia Yeap bertudung dan memakai baju kurung. Untuk anda yang tidak mengetahui, Felixia adalah seorang model yang hasil kerjanya sering terpampang di FHM, Playboy dan banyak lagi. Memang seksi gila posing yang pernah dibuatnya satu ketika dahulu. Namun kini, cun melecun, ayu, menawan dan manis sangat apabila Felixia bertudung.
felixia yeap bertudungNamun menerusi tulisannya di felixiayeap.blogspot.com, Felixia melahirkan kekecewaannya apabila ada sesetengah pihak mempertikaikan tindakannya bertudung dan memakai baju kurung/jubah seperti gadis Muslimah yang lain. Ini kerana Felixia masih lagi melakukan tugasannya selaku model majalah-majalah yang Abang Admin nyatakan di atas. Ada pihak yang menuduh Felixia sengaja mengambil kesempatan, “poser“, dan tidak ikhlas berubah.
felixia yeap bertudungBaru-baru ini Felixia telah tampil di sebuah rancangan di TV Al-Hijrah. Menarik sungguh temubual yang diadakan olehnya. Abang Admin tertarik dengan kata-katanya “Felixia rasa selamat bila pakai baju muslimah, rasa terlindung dan rasa lebih dihormati“. Walaupun masih belum memeluk Islam, nampaknya Felixia lebih memahami sebab Islam menyuruh penganutnya menutup aurat.
Sama-samalah kita doakan agar Felixia Yeap terbuka hati dan diberikan hidayah untuk memeluk agama Islam suatu hari nanti. Doakanlah juga agar wujudnya seorang lelaki Islam yang benar-benar ikhlas mendampingi dan membimbingnya ke jalan yang benar. Pada pendapat Abang Admin, janganlah kondem, jatuhkan, kutuk atau hina Felixia. Berilah peluang kepadanya untuk berubah. Sekurang-kurangnya Felixia mencuba. Tak gitu?
felixia yeap bertudung
Lagi beberapa gambar comel Felixia Yeap bertudung dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook Felixia Yeap.

felixia yeap bertudung
felixia yeap bertudung
felixia yeap bertudung
felixia yeap bertudung
felixia yeap bertudung
felixia yeap bertudung
felixia yeap bertudung
felixia yeap bertudung
felixia yeap bertudung
felixia yeap bertudung
felixia yeap bertudung
felixia yeap bertudung

Kalau Masuk Islam, Bukan Sebab Sesiapa – Stacy

Khabar angin Stacy memeluk agama Islam seringkali bertebaran di dunia Internet. Ini mungkin kerana desas-desus percintaan antara dirinya dan Akim Ahmad. Banyak peminat yang mahu melihat mereka berdua disatukan atas ikatan suami isteri. Bagi Abang Admin, Stacy dan Akim umpama pinang dibelah dua. Memang sama cantik sama padan.
stacy dan akim
Namun bertukar agama bukanlah satu perkara yang mudah. Lebih-lebih buat Stacy yang beragama Kristian sejak dari kecil. Menurut Stacy, andainya dirinya memeluk Islam satu hari nanti, ia adalah ikhlas dari hati dan bukannya kerana mahu berkahwin dengan Akim. Kata Stacy kepada MalaysianDigest:-
Ia perkara yang sensitif. Saya tak berani nak cakap lebih-lebih apatah lagi melibatkan hal agama. Tapi kalau satu hari nanti ditakdirkan saya memeluk Islam, saya akan buat dari hati saya. Ikhlas dari hati saya sendiri dan bukan sebab sesiapa.
Kalau berjumpa, kami selalu juga bertanyakan pada dia (Akim) dan kami masing-masing berkongsi perihal agama masing-masing. Dari situ saya baru tahu, oh agama saya sebenarnya tidak banyak beza pun dengan Islam.
Kalau dulu semasa tinggal di kampung, pergaulan saya terhad dan orang sekeliling kebanyakannya penganut Kristian. Tapi apabila berpindah ke Kuala Lumpur saya lebih banyak didedahkan dengan masyarakat Islam.
Kerana itu juga saya berasa kagum semakin berminat untuk mengetahui tentang agama Islam
stacy masuk islam
Bagus pendirian Stacy ini. Respek Abang Admin. Sebaik-baiknya biarlah Stacy mendalami Islam dengan kerelaan hati. Lebih manis jika bertukar agama kerana kemahuan diri sendiri. Abang Admin percaya dalam diam Akim ada juga mengajar Stacy serba sedikit mengenai Islam. Semoga satu hari nanti hati Stacy akan terbuka sepenuhnya. Sama-samalah kita doakan.

Saya Tak Rindu Mizz Nina Yang Dulu – Mizz Nina

Apa yang Abang Admin suka mengenai penghijrahan Mizz Nina ialah ketiadaan publisiti, cerita atau kisah tentang perkara tersebut. Daripada seorang penyanyi yang ligat menari di atas pentas, tup-tup dah pakai tudung. Tak ada kecoh sana sini. Senyap je. Dan Mizz Nina hanya tampil bercerita mengenai penghijrahannya selepas beberapa bulan melakukan perubahan tersebut.
mizz nina tudung
Menerusi Pancaindera semalam, Abang Admin tertarik dengan kata-kata Mizz Nina yang sudah melepaskan sepenuhnya dirinya yang dulu. Tiada lagi Mizz Nina yang menari, menyanyi dan beraksi di atas pentas. Kata Mizz Nina:-
Tidak. Saya tak rindukan dia (Mizz Nina yang dulu). Saya dah lepaskan segalanya. Semuanya mengenai Mizz Nina dahulu tak lebih daripada sekadar stu pesona bintang di atas pentas hiburan.
Saya sudah rasai semua itu jadi tak ada apa lagi yang saya mahu kejarkan. Namun ya, kadangkal saya rindu untuk menari. Dah bertudung tak beerti saya tak boleh menari bukan? Saya boleh menari semasa menghadiri kelas senaman atau di rumah, betul tak?
mizz nina tudung
Sikap positif sebegini seharusnya ada dalam setiap wanita Islam yang bertudung. Mengikut tuntutan Islam bukan bermakna semua perkara tidak boleh dilakukan. Ada caranya untuk meneruskan minat anda. Abang Admin turut tertarik dengan kata-kata Mizz Nina yang diluahkan semalam.
Tiada sesiapa yang paksa, saya sendiri yang memikirkan hal itu. Apa nasib saya selepas mati nanti? Cukupkan amalan saya untuk dibawa ke akhirat? Lengkapkah saya sebagai seorang isteri dan Muslimat saat masih hidup ini?
Saya buat semua ini dengan hati yang terbuka. Setiap hari saya tanam azam mahu menjadi lebih baik dari semalam. Ini bukan soal hijab sahaja. Janganlah cuma memandang luaran. Saya buat semua ini kerana Allah SWT sebab saya seorang muslim.
Kalau boleh saya tak mahu orang bertanya hal hijab ini lagi. Cukuplah dengan penjelasan ini. Usaha saya untuk beribadah dan berubah untuk kebaikan.
Kalau ada yang terinspirasi dengan perubahan saya ini, Alhamdulillah. Baguslah apa salahnya kita berubah bersama-sama. Itu lebih baik.
mizz nina tudung
Terbaik bukan kata-kata yang diucapkan Mizz Nina? Kejujuran dan keikhlasan inilah yang memikat hati para peminat Mizz Nina yang mengkagumi perubahan yang dilakukan olehnya. Kepada Mizz Nina, semoga tahun 2014 akan menjadi lebih baik buat anda dan suami. Teruskan menjadi role model untuk peminat-peminat anda. Tahniah Mizz Nina.

(30 GAMBAR)Bulan Madu Jovian Mandagie & Nina Ismail Sabri Di Eropah

Menariknya gambar-gambar bulan madu yang dikongsi oleh Jovian Mandagie dan Nina Ismail Sabri.  Mereka berdua telah terbang ke Eropah dan antara tempat yang dilawati ialah Istanbul dan Rome. Abang Admin suka melihat gambar-gambar bangunan yang dilawati oleh mereka. Penuh informasi sejarah. Kagum Abang Admin melihatnya.
gambar bulan madu jovian
Antara tempat yang paling menarik pada pandangan Abang Admin ialah bangunan Hagia Sophia. Bangunan ini adalah gereja yang telah ditukarkan kepada masjid setelah ditawan oleh empayar Uthmaniah. Jadi boleh dilihat gabungan kedua-dua agama iaitu Kristian dan Islam padanya. Best kan?
gambar bulan madu jovian
Tak sabar rasanya nak melihat lebih banyak gambar-gambar daripada pengantin baru ini. Kalau anda berminat, boleh ikuti Instagram Jovian Mandagie dan Instagram Nina Ismail Sabri. Lagi beberapa keping gambar dengan membaca artikel ini sepeuhnya.

gambar bulan madu jovian
gambar bulan madu jovian
gambar bulan madu jovian
gambar bulan madu jovian
gambar bulan madu jovian
gambar bulan madu jovian
gambar bulan madu jovian
gambar bulan madu jovian
gambar bulan madu jovian
gambar bulan madu jovian
gambar bulan madu jovian
gambar bulan madu jovian
gambar bulan madu jovian
gambar bulan madu jovian
gambar bulan madu jovian
gambar bulan madu jovian
gambar bulan madu jovian
gambar bulan madu jovian
gambar bulan madu jovian
gambar bulan madu jovian
gambar bulan madu jovian
gambar bulan madu jovian
gambar bulan madu jovian
gambar bulan madu jovian
gambar bulan madu jovian
gambar bulan madu jovian
gambar bulan madu jovian
gambar bulan madu jovian